Berikut antara kesalahan-kesalahan punca atau sebab permohonan BR1M 2015 ditolak atau gagal :-
1) Silap isi borang dan maklumat tidak lengkap samada secara online atau manual. Bagaimanapun, mereka terlibat masih boleh mendapatkan bantuan tersebut setelah membuat rayuan dan melakukan pembetulan dalam borang berkaitan.
2) Memang tidak layak kerana pendapatan melebihi syarat BR1M 2015 itu sendiri
3) Nama anda diletakkan sebagai TANGGUNGAN didalam permohonan individu lain. Anda secara automatik tidak layak menerima bantun BR1M jika anda ada dalam senarai tanggungan permohonan orang lain
4) Memohon bantuan atas dasar ibu atau bapa tunggal tetapi gagal menyenaraikan nama tanggungan anda
5) Memohon bantuan dan mengaku sudah berkahwin tetapi tidak meletakkan nama isteri/suami dengan betul
6) Membuat permohonan menggunakan Mykad yang tidak wujud dalam data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), selain nama pemohon berbeza dengan daftar JPN. Mereka yang bertaraf penduduk tetap (PR) juga tidak layak menerima BR1M.7) Pemohon adalah penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M)