Empat Langkah Merasionalisasi Perbelanjaan Kerajaan Malaysia 2015

Empat Langkah Merasionalisasi Perbelanjaan Kerajaan Malaysia 2015

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menyampaikan perutusan khas mengenai perkembangan semasa dan kedudukan kewangan negara pagi ini.
Perutusan khas Najib yang juga Menteri Kewangan itu akan dipancarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) jam 10 pagi ini menerusi RTM1, TV3, Awani dan akaun Twitter Perdana Menteri di @NajibRazak.
Berikut antara langkah merasionalisasi perbelanjaan pula, Kerajaan akan:
(1) Optimumkan perbelanjaan ke atas bekalan, perkhidmatan, penganjuran majlis, perkhidmatan profesional yang boleh menjimatkan RM1.6 bilion;
(2) Tangguh Program Latihan Khidmat Negara tahun 2015 dengan penjimatan RM400 juta, bagi membolehkan program dikaji semula & ditambah baik;
(3) Mengkaji semula pemberian & geran kepada Badan Berkanun Persekutuan, GLC serta Tabung Amanah Kerajaan terutamanya yang mempunyai aliran pendapatan konsisten & rizab yang tinggi. Langkah ini dijangka beri penjimatan sebanyak RM3.2 bilion;
(4) Menjadual semula pembelian aset tidak kritikal seperti peralatan pejabat, perisian & kenderaan yang mampu memberi penjimatan RM300 juta
Banjir baru-baru ini telah melibatkan sekitar 400,000 mangsa seluruh negara. Anggaran terkini kemusnahan infrastruktur hampir RM2.9 bilion - BH online

0 comment... add one now