Harga minyak petrol RON95, RON97 dan diesel terkini sah akan naik bermula 1 Mac 2015.
Dipetik dari BH online, Kerajaan mengumumkan harga runcit baharu bagi
petrol jenis RON95, RON97 dan diesel dinaikkan 25 sen seliter
berdasarkan kaedah pengapungan terkawal mulai jam 12.01 tengah malam
ini.
Menteri Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri
Hasan Malek, berkata harga baharu itu diputuskan mengikut kepada purata
harga sepanjang Februari lalu dan kadar tukaran mata wang semasa.
"Harga runcit baharu yang ditetapkan bagi RON95 adalah RM1.95; RON97 adalah RM2.25 dan diesel adalah RM1.95 setiap liter.
"Harga
baharu ini berkuat kuasa mulai bulan Mac dengan kerajaan akan terus
mengikuti perkembangan pasaran harga kos produk dan kadar pertukaran
mata wang," katanya dalam kenyataan di sini, sebentar tadi.
Kerajaan
pada 21 November tahun lalu, memutuskan penetapan harga runcit RON95
dan diesel adalah mengikut kadar pengapungan terkawal mulai 1 Disember
lalu, manakala harga RON97 mengikut harga pasaran dunia.
Sejak pelaksanaan sistem berkenaan pada Disember, harga minyak menyaksikan penurunan dua kali iaitu pada Januari dan Februari dengan hargar terendah dicatatkan bagi RON95 adalah RM1.70; RON95 adalah RM2 dan diesel adalah RM1.95.
Hasan berkata, harga minyak bagi bulan berikutnya akan ditentukan menggunakan kaedah sama dengan harganya berkemungkinan untuk naik atau turun berdasarkan keadaan semasa.
"Semua syarikat minyak dan pengusaha stesen diingatkan agar mematuhi penetapan harga baharu ini.
"Tindakan tegas akan diambil kepada syarikat minyak dan pengusaha stesen yang melanggar peraturan harga baharu yang ditetapkan kerajaan," katanya.
Harga Minyak Petrol RON95 RON97 Dan Diesel Mac 2015
Unknown0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →