Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Lebuh Raya PLUS berkata, di bahagian utara, trafik sesak dari Tanjung Malim menghala ke Gopeng, Perak, manakala di selatan, ia mula sesak dari Seremban menghala ke Skudai, Johor.

"Ia dijangka berterusan pada waktu tengah hari nanti hingga ke malam," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta www.twitter.com/llminfotrafik. - BERNAMA
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.