Oleh itu garis panduan tersebut memperketatkan peraturan kepada pekedai buku iaitu mana-mana pekedai buku yang didapati BERSALAH menyalahgunakan BB1M akan disenaraihitamkan dan tidak dibenarkan menyertai program BB1M selama tiga tahun berturut-turut. Ini adalah tambahan kepada peraturan sedia ada iaitu tindakan undang-undang mengikut Seksyen 403, Kanun Keseksaan ke atas pihak yang menyalahgunakan BB1M.
Adalah diharapkan tidak akan berlaku kekeliruan di antara pekedai buku dan mahasiswa dalam pindaan garis panduan BB1M ini. Garis panduan ini dapat memudahkan kedua-dua pihak dan diguna dengan sebaiknya selaras dengan objektif BB1M.
Maklumat
lanjut mengenai pindaan garis panduan tersebut boleh didapati melalui
portal rasmi KPMwww.moe.gov.my. Sebarang pertanyaan boleh diajukan
kepada urusetia BB1M melalui e-melbb1m@moe.gov.my .
Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) - Garis Panduan. Berikut adalah dua Garis Panduan bagi Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) yang akan berkuat kuasa bermula 1 Mei 2014:
1) Garis Panduan Pemberian BB1M 2014 kepada pelajar
2) Garis Panduan Pemberian BB1M 2014 bagi pekedai buku
Muat Turun |
---|
Garis Panduan Pemberian BB1M 2014 kepada Pelajar |
Garis Panduan Pemberian BB1M 2014 bagi Pekedai Buku |
SUMBER KPM/MOE
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.