Barcelona menewaskan musuh tradisi, Real Madrid di tempat sendiri. Luis Suarez menyumbatkan gol untuk menyuntik kemenangan 2-1 Barcelona
ke atas pencabar gelaran, Real Madrid pada pertemuan 'klasik' di antara
gergasi Liga Sepanyol itu. Malam tadi juga Man United juga berjaya menewaskan musuh tradisi, Liverpool dengan keputusan 2-1.
Suarez berjaya meloloskan diri daripada kawalan pertahanan Madrid
untuk meletakkan Barcelona di depan pada minit ke-56 sekali gus
memastikan empat mata memisahkan di antara mereka dengan Madrid ketika
saingan berbaki 10 perlawanan bagi menentukan juara liga.
"Itu adalah gol paling penting pernah saya jaringkan untuk Barcelona
dan lebih signifikan apabila mengambilkira siapa lawan kami," kata
Suarez.
Terdahulu, Lionel Messi menyempurnakan sepakan bebas yang cantik
untuk membolehkan Jeremy Mathieu menjaringkan gol pembukaan Barcelona
pada minit ke-19 babak pertama yang ternyata dikuasai Madrid.
Percubaan bintang Madrid, Cristiano Ronaldo yang terkena palang
sebelum gol pertama Barcelona, menyamakan kedudukan hasil hantaran
cantik Karim Benzema pada minit ke-31 sejurus Neymar mensia-siakan
peluang keemasan untuk menambah jaringan tuan rumah.
Bagaimanapun selepas Suarez menjaringkan gol hasil hantaran jauh Dani
Alves, Messi dan Neymar masing-masing hampir menemui sasaran pada babak
kedua.
"Kami bermain dengan baik pada separuh masa pertama tapi separuh masa
kedua memang teruk," kata jurulatih Madrid, Carlo Ancelotti.
"Ini adalah tamparan hebat. Barcelona ada kelebihan tapi kami tidak akan menyerah," katanya.
Sementara itu, Sevilla menundukkan Villarreal buat kali ketiga dalam
11 hari untuk merapatkan jurang dengan empat pasukan teratas hasil
kemenangan 2-0.
Real Sociedad pula menewaskan kelab di tangga bawah, Cordoba dengan
3-1 manakala kemarau kemenangan buat Deportivo La Coruna terus
berpanjangan kepada enam perlawanan apabila seri tanpa jaringan di
tempat sendiri ketika bertemu Espanyol. - AP