Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2015

Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2015. Enam pasukan akan beraksi pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-24 tahun 2015 dengan penampilan juara bertahan yang menduduki ranking pertama dunia, Australia dianggap sangat menarik pada kejohanan kali ini. Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2015 kali ini akan berlangsung pada 5 hingga 12 April 2015 yang turut menampilkan India, Korea Selatan, New Zealand, Kanada dan Malaysia.

Informasi Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2015
  • Tarikh : 5 hingga 12 April 2015
  • Pasukan : Malaysia, Australia, India, Korea Selatan, New Zealand dan Kanada
Keputusan penuh Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2015 klik RESULT HOKI. Penajaan berjumlah RM1.86 juta daripada 22 penaja itu diterima bagi pihak penganjur oleh penaung kejohanan, Sultan Perak Sultan Dr Nazrin Shah. Australia adalah juara bertahan dan menduduki ranking pertama hoki dunia akan sekali lagi cuba mempertahankan kejuaraan untuk tiga tahun berturut-turut. Semua pasukan yang bertanding kali ini akan menghantar pasukan utama negara masing-masing seperti mana yang telah disyaratkan.

Kejohanan itu menjadi medan terbaik buat pengendali sementara skuad kebangsaan, Tai Beng Hai untuk menguji barisan pemain bagi mempersiapkan pasukan negara menghadapi pusingan ketiga Liga Hoki Dunia di Belgium pada Jun 2015 depan. Manakala pasukan lain 
sedang mempersiapkan diri untuk beraksi di Sukan Olimpik - BERNAMA
Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2015

0 comment... add one now