Permohonan Kemasukan Ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) 2015 Online

Berikut adalah makluman yang dipetik dari Portal Rasmi Tentera Darat Malaysia berkenaan Permohonan Kemasukan Ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) 2015 Online. 

PENGAMBILAN BAKAL PEGAWAI KADET UNTUK BERKHIDMAT DALAM ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM)
1. ATM mempelawa remaja warganegara Malaysia lepasan SPM untuk meneruskan pengajian di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sebgai Calon Bakal Pegawai Kadet dengan tajaan Angkatan Tentera Malaysia seterusnya akan berkhidmat dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atau Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

SEKSYEN A – SYARAT-SYARAT AM PERMOHONAN
2. Syarat Kelayakan Umum. Calon-calon perlu memenuhi kriteria seperti berikut:
Fizikal
- Jantina Lelaki dan Wanita.
- Tinggi Minimum 1.62 m (Lelaki) / 1.57 m (Wanita).
- Berat Minimum 47.5 kg (Lelaki) / 45.0 kg (Wanita).
- Ukuran dada minimum (Lelaki Sahaja) 76 sm.
- Body Mass Index (BMI) 18.0 hingga 23.0.
Umur. Berumur 17 tahun 6 bulan hingga 19 tahun pada 31 Dis 15. Calon-calon mesti lulus
pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM iaitu memenuhi taraf Darjah Kesihatan TATADEMMOT (DKT) FE.
Merit Pemilihan. Proses pemilihan adalah berdasarkan kepada merit Kelayakan Akademik Ujian Kepimpinan, Ujian Fizikal, Ujian Bertulis dan Penilaian Temuduga seperti yang telah ditetapkan oleh Lembaga No. 3 Pemilihan Pegawai-Pegawai Angkatan Tentera (Tiga Khidmat).
Kecemerlangan dalam bidang sukan akan diberi keutamaan.
permohonan upnm online

SEKSYEN B – SYARAT-SYARAT KELAYAKAN AKDEMIK
3. Kelayakan Akademik. Kelayakan akademik berlandaskan syarat yang telah ditetapkan oleh Universiti mengikut jurusan seperti berikut:
- Jurusan Perubatan dan Kesihatan Pertahanan.
- Jurusan Pengurusan dan Strategi Pengajian Pertahanan.
- Jurusan Kejuruteraan Pertahanan.
- Jurusan Sains dan Teknologi Pertahanan.

SEKSYEN C – PERLANTIKAN DAN PENTAULIAHAN
4. Perlantikan
- Calon Pegawai Kadet. Calon-calon yang lulus dan terpilih sahaja kan di pilih sebagai Calon Bakal Pegawai Kadet untuk mengikut latihan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) dan juga mengikuti Pengajian Program Asasi.
- Pegawai Kadet. Calon Bakal Pegawai Kadet yang cemerlang dalan akademik dan latihan
ketenteraan semasa Pengajian Program Asasi akan dilantik sebgai Pegawai Kadet pada tahun pertama bagi meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda.
5. Tajaan
- Bakal Pegawai Kadet Di Peringkat Pengajian Asasi. Kos pengajian, penginapan dan sajian
Bakal Pegawai kadet akan ditanggung sepenuh oleh Kementerian Pertahanan.
- Pegawai Kadet Di Peringkat Pengajian Ijazah Sarjana Muda. Bakal Pegawai kadet akan
mengikut Pengajian Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dan dilantik sebagai Pegawai Kadet
(Angkatan Tetap ATM) Pegawai Kadet layak dibayar gaji elaun dan menikmati kemudahan
yang telah ditetapkan dari masa kesemasa.
6. Pentauliahan. Pegawai kadet yang Berjaya lulus dengan cemerlang dalam pengajian akademik latihan ketenteraan serta terpilih sahaja akan dianugerahkan Tauliah Jangka Pendek (TJP) setelah diperkenan oleh SPB Yang DiPertuan Agong.

SEKSYEN D – MAKLUMAT PERMOHONAN
7. Cara memohon. Calon-calon hendaklah memohon melalui Unit Pusat Universiti dengan
mendaftar melalui www.moe.gov.my dan memilih UPNM sebagai pilihan pertama. Hanya calon-calon yang layak akan disenarai pendek dan dipanggil untuk pemilihan di pusat pemilihan yang akan dimaklumkan.
8. Maklumat Permohonan. Sebarang pertanyan sila hubungi 03 – 2071 2378 / 4524 / 4526 / 2391
9. Tarikh Tutup Permohonan adalah pada 10 APRIL 2015.

KELUARAN IKLAN PADA AKHBAR TEMPATAN PADA 8 MAC 2015

0 comment... add one now