Carta Kedudukan Terkini Liga Singapura 2015

Carta Kedudukan Terkini Liga Singapura 2015. Skuad Harimau Muda kendalian Razip Ismail akhirnya berjaya mencatat kemenangan pertama selepas menewaskan Courts Young Lions 1-0 pada perlawanan keempat Liga Singapura (Liga-S) di Stadium Jalan Besar, malam ini. Gol tunggal kemenangan dijaringkan Ridzuan Abdunloh Pula pada minit ke-76 untuk Harimau Muda keluar daripada kedudukan tercorot liga dan memintas kedudukan Young Lions. 

Selepas empat perlawanan, Harimau Muda kini di tangga kesembilan dengan tiga mata manakala Young Lions di tangga ke-10 dan tercorot dengan hanya satu mata, hasil keputusan seri 1-1 dengan Hougang United pada aksi sulung. Skuad Razip sebelum ini tewas ketiga-tiga aksi pertama mereka kepada Brunei DPMM FC 3-1, Warriors FC 3-1 dan Albirex Niigata 1-0. 
s - league 2015

Pendahulu Liga Singapura atau Liga S 2015 adalah Albirex Niigata yang mempunyai mata yang sama dengan Warriors FC dengan 12 mata penuh. Untuk makluman, pasukan di S-League 2015 adalah seperti berikut :-
  1. Albirex Niigata
  2. Balestier Khalsa
  3. Brunei DPMM
  4. Geylang
  5. Harimau Muda B
  6. Home Utd
  7. Hougang
  8. Tampines
  9. Warriors
  10. Young Lions
 Carta kedudukan terkini Liga S 2015
Carta Kedudukan Terkini Liga Singapura 2015

0 comment... add one now