Malaysia Jatuh 11 Tangga Di Ranking FIFA Terkini 2015

Ranking FIFA Terkini Malaysia April 2015. Apa sudah jadi kepada ranking skuad bolasepak Malaysia Harimau Malaya? Lanjutan daripada kekalahan 0-6 kepada Oman pada aksi persahabatan antarabangsa baru-baru ini menyaksikan ranking Malaysia jatuh 11 anak tangga dalam ranking FIFA terkini bola sepak dunia April 2015.

Berdasarkan ranking FIFA terkini yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Khamis, 9 April 2015, skuad kendalian Dollah Salleh berada pada kedudukan ke-164 dunia yang merupakan kedudukan terburuk bagi tahun 2015 ini. Untuk rekod, skuad Malaysia meraih kedudukan ke-154 dunia pada Januari serta Februari dan meningkat satu anak tangga pada kedudukan ke-153 dunia bulan lepas.

Kedudukan terkini itu, meletakkan skuad kebangsaan sebaris dengan beberapa pasukan seperti Bhutan (163), Grenada (165), Puerto Rico (166) selain Hong Kong dan Bangladesh yang berkongsi kedudukan ke-167 dunia.

Ranking FIFA Terkini 2015
Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia turun dua anak tangga untuk berada di tempat kelapan di belakang Vietnam (125), Filipina (139), Thailand (142), Timor Leste (152), Myanmar (158), Indonesia (159) dan Singapura yang berada pada kedudukan ke-162 dunia. Kedudukan Malaysia di peringkat Asia turut menyaksikan mereka turun empat anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-33 dari 46 negara.
 
Berikut kedudukan ranking terbaharu dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk April 2015 :-

1. Jerman (1) 
2. Argentina (2) 
3. Belgium (4)
4. Colombia (3) 
5. Brazil (6) 
6. Belanda (5) 
7. Portugal (7) 
8. Uruguay (9) 
9. Switzerland (12) 
10. Sepanyol (11) 
11. Perancis (8) 
12. Romania (14) 
13. Itali (10) 
14. England (17) 
15. Costa Rica (13) 
16. Chile (15) 
17. Croatia (19) 
18. Mexico (21) 
19. Republik Czech (16) 
20. Slovakia (22) 
(*Dalam kurungan adalah ranking FIFA terdahulu)

0 comment... add one now