Jadual Dan Keputusan Piala FA Inggeris 2015 Separuh Akhir

Jadual Dan Keputusan Piala FA Inggeris 2015 Separuh Akhir. Liverpool menjadi pasukan terkahir yang layak ke Separuh Akhir Piala FA Inggeris 2015 apabila menewaskan Blackburn Rovers 1-0 awal pagi tadi di Ewood Park hasil jaringan Coutinho pada minit ke 70. Layaknya Liverpool membolehkan mereka bertemu Aston Villa di Stadium Wembley pada 19 April 2015 jam 900 malam. Satu lagi perlawanan separuh akhir melibatkan Arsenal yang akan bertemu dengan kelab Divison Satu iaitu Reading. Perlawanan ini akan dilangsungkan sehari awal iaitu pada Sabtu 18 April 2015 jam 1120 malam.

Liverpool berpeluang merangkul piala pada musim 2015 ini jika mampu menewaskan pasukan Aston Villa yang kini bergelut di zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris 2015. Arsenal juga dianggap favourite walaupun masih berpeluang untuk menjadi Juara Liga jika Chelsea tercicir mata. Apa-apa pun Piala FA 2015 pasti menyaksikan pertembungan yang menarik dan Arsenal serta Liverpool adalah pasukan favourite untuk layak ke Final Piala FA Inggeris 2015 di Wembley pada bulan Mei 2015 nanti

Jadual dan Keputusan Piala FA Inggeris 2015 Semi Final
Reading vs Arsenal - Sabtu 18 April 2015 - 1120 malam
Aston Villa vs Liverpool - Ahad 19 April 2015 - 900 malam
Jadual Dan Keputusan Piala FA Inggeris 2015 Separuh Akhir

0 comment... add one now