Mat Yo Berpindah Ke Terengganu Dari ATM

Mat Yo Pindah Ke Terengganu Dari ATM. Perpindahan Mat Yo ke Terengganu pada musim perpindahan pemain April 2015 sangat mengejutkan kerana beliau masih belum sampai semusim bersama dengan pasukan ATM di kancah Liga Super Malaysia 2015. Berita perpindahan Mat Yo atau Nor Shahrul Idlan Talaha daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Terengganu telah disahkan oleh Setiausaha Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Arpin Draman yang menyatakan yang penyerang kebangsaan itu akan menandatangani kontrak menyarung jersi skuad Penyu di sebuah hotel di Gong Badak, di sini, 4.30 petang ini.

Keputusan mengambil Mat Yo yang bergelut untuk mengembalikan prestasi beliau adalah bertujuan untuk memantapkan pasukan yang menyasarkan untuk mendakap satu piala musim ini.

Mat Yo Terengganu
"Selepas pemain itu menyatakan hasrat untuk menyarung jersi Terengganu, PBSNT membuka pintu buat Mat Yo dan kontrak pemain itu akan ditandatangani petang ini sehingga tamat saingan musim ini.

"Bagaimanapun jika pemain itu gagal memenuhi prosedur yang ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), termasuk tidak membawa surat pelepasan kita akan menangguhkan majlis terbabit,"
Mat Yo yang sebelum ini menyertai pasukan JDT pernah terlibat dengan isu ‘konfrontasi dengan pak guard’ dan juga dipersalahkan apabila gagal menyempurnakan sepakan penalti penentuan ketika JDT kalah kepada Pahang dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2014.

Selamat berjaya dan sukses kepada Mat Yo di pasukan kelahiran beliau iaitu Terengganu.

0 comment... add one now