Rayuan UPU IPTA Dan Politeknik Premier 2016-2017 Online

e-Rayuan UPU Ke IPTA Dan Politeknik Premier Sesi 2016-2017 Online. Tahniah kepada pelajar yang berjaya dalam Permohonan UPU Ke IPTA (Sekarang UA) bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf yang diumumkan pada 16 Mei 2016. Klik Semakan UPU 2016 Online.

Rayuan UPU 2016 Online

e-Rayuan UPU 2016 Online

Bagi pemohon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA dan Politeknik Premier, mereka boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui aplikasi e-Rayuan di laman web E-Rayuan UPU (Link akan dikemaskini).

Tarikh permohonan rayuan UPU 2016 adalan seperti berikut:

Calon lepasan SPM/setaraf

  • Bermula 26 Mei 2016 jam 12.00 tengah hari sehingga 31 Mei 2016.

Calon lepasan STPM/setaraf

  • Bermula minggu kedua Ogos 2016 - tarikh akan dikemaskini kemudian.

Keputusan Rayuan UPU 2016

Semakan keputusan rayuan UPU untuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik boleh dibuat secara online dan SMS.

    ♦ Tarikh semakan dibuka
        Bagi calon lepasan SPM/setaraf
        Bermula minggu kedua bulan Jun 2016 (tarikh akan dikemaskini kemudian).
        Bagi calon lepasan STPM/setaraf
        Minggu keempat Ogos 2016
    ♦ Cara buat semakan
        Semakan secara online
        Semakan secara online boleh dibuat di pautan di bawah:
        Keputusan Rayuan Kemasukan Pelajar UPU 2016 (Akan dikemaskini)
        Semakan melalui SMS
        Berikut adalah cara membuat semakan keputusan rayuan UPU melalui SMS:
        Taipkan:
        UPU<jarak>RESULT<jarak>[No KP]
        Contoh: UPU  RESULT  970222016745
        Hantarkan SMS ke 15888


Selamat membuat Rayuan UPU IPTA Dan Politeknik Premier 2016-2017 Online.

0 comment... add one now