Berikut adalah beberapa faktor terjadinya atau termeterainya Perjanjian Persekutuan 1895 :-
(i) Kelemahan Pelaksanaan Sistem Residen
- Residen tidak diberikan panduan jelas untuk menjalankan tugas
- Residen menjadi terlalu berkuasa
- Pentadbiran setiap negeri tidak seragam kerana mempunyai undang- undang sendiri
- Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura gagal mengawal kuasa Residen
- Perbelanjaan negeri meningkat kerana Pahang terpaksa menanggung banyak hutang akibat kebangkitan rakyat menentang British
- Jika pahang digabungkan dengan negeri-negeri kaya seperti Perak dan Selangor masalah dapat diringankan
- Menjimatkan bayaran perkhidmatan pakar seperti jurutera, juru ukur dan doktor
- Sistem perhubungan seperti jalan raya dan landasan keretapi antara Negeri-Negeri Melayu dapat dimajukan
- Mengukuhkan kekuatan dan pertahanan ketenteraan