Senarai penuh skuad pemain Bawah 13 tahun Malaysia sila klik Under 13 Malaysia.
Semoga Malaysia dapat memfokuskan pembangunan pasukan Bawah 13 tahun Malaysia ini dan seterusnya membangunkan program belia bola sepak untuk sasaran layak ke Piala Dunia FIFA Bawah-17.
IberCup merupakan kejohanan penting bagi pasukan belia, di mana Malaysia ditempatkan di Kumpulan D bersama dengan Atletico dari Sepanyol dan SL Olivais serta CF “Os Belenenses” G dari Portugal. Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-13 menang 1-0 menentang Atletico Madrid Bawah-13 pada perlawanan pembukaan IberCup di Costa del Sol, Sepanyol. Danial Amali menjaringkan gol pada minit ke-38.
Perlawanan kedua Malaysia menentang SL Olivais malam tadi juga dimenangi oleh Malaysia dengan kemenangan 2-0.
KEPUTUSAN PASUKAN MALAYSIA BAWAH 13 TAHUN DI IBERCUP 2015
MALAYSIA VS ATLETICO MADRID 1 - 0
MALAYSIA VS SL OLIVAIS 2 - 0
MALAYSIA VS CF OS BELENESES 1 - 0
SUKU AKHIR
MALAYSIA VS FC BARREIRENSE 5 - 0
SEPARUH AKHIR
MALAYSIA VS SEVILLA FC 7 - 6
FINAL
MALAYSIA VS SPORTING CP 2 - 1
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.