Kesan Persetiaan Persekutuan 1895 Terhadap Negeri-Negeri Melayu

Faktor Dan Kesan Persetiaan Persekutuan 1895 Terhadap Negeri-Negeri Melayu. Dalam merangka isi kandungan Tugasan Sejarah PT3 2015, pelajar dikehendaki untuk menyertakan 4 faktor pemeterian iaitu punca atau sebab berlakunya Persetiaan Persekutuan 1895. Pelajar juga dikehendaki menyatakan 4 kesan persetiaan Persekutuan terhadap Negeri-Negeri Melayu.

Berikut disertakan kesan-kesan pemeteraian Perjanjian Persekutuan 1895 terhadap Negeri-negeri Melayu dan sultan. Diharap ianya dapat membantu pelajar dalam menyiapkan Tugasan PT3 2015 Sejarah.

tugasan sejarah pt3 2015
Kesan-Kesan Pembentukan Persekutuan 1895
  • Residen Jeneral berkuasa dalam pentadbiran, kewangan dan cukai eksport
  • Kerajaan pusat menubuhkan jabatan-jabatan yang diketuai pegawai-pegawai British seperti Jabatan Kehakiman, Jabatan Kewangan, Jabatan Perhubungan dan Perkhidmatan Awam
  • Penglibatan orang-orang Melayu adalah terhad
  • Sultan dikehendaki menurut nasihat Residen Jeneral dalam semua hal (kecuali hal berkaitan agama Islam dan adat Melayu)
  • Kuasa sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri diambil alih oleh Residen Jeneral
Kesan-Kesan Kuasa Sultan Dikurangkan
  • Sultan-sultan NNMB tidak puas hati
  • Tahun 1897 British bersetuju menubuhkan DURBAR iaitu Persidangan Raja-Raja Melayu bagi mengatasi masalah
  • Ahli-ahli Durbar ialah;
i. Pesuruhjaya Tinggi
ii. Raja-Raja Melayu
iii.Residen Jeneral
iv. 4 orang Residen (Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang)

  •     Durbar pertama diadakan pada 1897 di Kuala Kangsar, Perak
  •     Durbar kedua didakan pada tahun 1903 diKuala Lumpur

0 comment... add one now